Sunday, August 21, 2011

Tayar Baru JGS

Hari Sabtu (20 Ogos 2011), aku tukar tayar kereta Iswara, JGS.
Beli tayar baru.
Harganya RM250 untuk dua biji di bahagian depan.
Harga tu termasuk upahlah.
Nak kata dah botak teruk, tak adalah.

Tapi pada hari Jumaat, semasa aku nak balik kerja (kat parking office) di Cyberjaya, tayarnya kempis (tayar depan, sebelah driver).
Nasib baiklah masih dapat dibawa ke Petronas stesyen di Cyberjaya.
Oleh kerana aku tak mahu dan takut kejadian tu berulang kembali, aku tukarlah tayarnya. Lagipun, tak lama lagi nak balik kampung untuk beraya.

Sunday, May 29, 2011

Kereta Kia Kesayanganku

Hari ni tukar bateri kereta. Guna bateri basah ajelah. Incik sayangku rekomen guna 60NS. Aku sendiri tak tahu apa maksudnya. Serah ajelah kepada dia. Aku beri duit ajelah. Harga bateri tu adalah RM240.00. Ni sekadar nak rekodkan tarikhnya aje.

Selain daripada tu, kereta itu juga ditukar perkara berikut:
1) termostat - RM75.00
2) radiotor cap - RM35.00
3) coolant - RM18.00

Jumlah aku spent untuk kereta kesayangan aku adalah RM368.00